Herba Khazanah Perubatan Islam (Ringkasan)




HERBA KHAZANAH PERUBATAN ISLAM

Ringkasan sebahagian herba-herba dari ilmu Khazanah Perubatan Islam yang terpilih antaranya terkandung dalam cairan dan campuran herba Khal Tamar Plus dan digunakan untuk ingatan, minda dan akal, dan kesihatan tubuh badan bersumberkan al-Quran, hadis Nabi SAW dan kitab-kitab ulama perubatan Islam.


Madu Lebah
1.   'Asal (Madu Lebah/Forest Honey)

Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW. Dalam kitab perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda.

Seperti mana yang diterangkan dalam al-Quran, Surah al-Nahl : 68-69, maksudnya: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dan dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia. Sesungguhnya pada demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya."

Dalam kitab Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan."

Kami memilih madu dari Republik Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu di pokok-pokok kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam al-Quran dan kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.


Image of Za'faran
2.   Za'faran (Saffron/Crocus Sativus)

Bunga Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King of Spices". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.
2nd Image of Za'faran


Dalam kitab Tib Al-Imam Ali m.s. 381 Saiyidina Ali (k.w) menyatakan yang bermaksud: "Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


Image of Karaps
2nd Image of Karaps
3.   Karaps (Saderi/Celery/Apium Graveolens)

Dalam kitab Tib Al-Nabi m.s. 47 Nabi SAW sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s.)."

Sabda Baginda SAW lagi tentang kebaikan karaps yang bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps."



Image of Qaranful
2nd Image of Qaranful
4.   Qaranful (Cengkih/Cloves/Eugenia Caryophyllus)

Dalam kitab Tib Al-Imam Al-Sodiq m.s. 381 Imam Ja'afar Al Sodiq (r.h.) (lahir pada 80H, guru kepada Imam Abu Hanifah r.h.) pernah menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir yang bermaksud: "Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq (Imam Ja'afar Al-Sodiq): "Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami?" Lalu Imam Ja'afar Al-Sodiq berkata: "Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari."



Image of Adas
5.   Adas (Dal/Lentils)

Adas adalah makanan yang disebut dalam al-Quran (Surah al-Baqarah : 61).
2nd Image of Adas

Adas dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab Tibbul Aimmah m.s. 389 menyebutkan yang bermaksud: Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan makanan manis-manis (seperti madu), makan adas, makan roti dan membaca ayat-ayat Al-Kursi."

Kajian menunjukkan bahawa adas yang mempunyai kandungan tinggi seratnya berkeupayaan merendahkan tahap kolesterol dan dapat mengawal paras gula daripada meningkat tinggi selepas sarapan. Disamping itu juga adas amat baik untuk jantung kerana ia mengandungi folate dan magnesium yang boleh menghalang berlakunya penyempitan pada saluran arteri dan ini memudahkan pergerakan darah, oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh. Majalah Health telah memilih adas sebagai salah satu daripada lima makanan paling sihat.


Image of Khardal
2nd Image of Khardal
6.   Khardal (Brassica Juncea)

Secara ringkas, kebaikan khardal dan kecerdasan minda mengikut kenyataan Imam Ali Al-Ridho r.h. (121-203H) menyuruh kita memakan khardal dan zanjabil bersama madu setiap hari.





Image of Na'na
2nd Image of Na'na
7.   Na'na (Mentha Longifolia)

Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulama perubatan Islam moden dari Mesir dalam kitabnya m.s. 298 menyuruh kita memasukkan daun na'na dan habbatus sauda' ke dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan yang bermaksud: "Digoreng (dikeringkan) na'na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu di masukkan tujuh titik minyak habbatus sauda' diminum suam-suam serta dibaca ayat Al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta surah Yaasin."



Image of Zabib
8.   Zabib (Kismis/Raisin)

Dalam kitab Tib Al-Nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Juzi, m.s. 241 menyebutkan yang bermaksud: "Imam Al-Zuhri berkata: 'Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis)'."





Image of Lubban
2nd Image of Lubban
9.   Lubban (Getah Pokok Frankincense)

Lubban disebut sebagai kundur zikri mengikut kitab Tib Al-Imam Al-Sodiq m.s. 381 oleh Imam Ja'afar Al Sodiq (r.h.) pada kenyataan sebelumnya. Lubban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda.

Banyak riwayat di antaranya dalam kitab Tib Al-Nabawi m.s. 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d.), Anas (r.a) dan Saiyidina Ali (k.w.) Maksudnya: "Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w.) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Sayyidina Ali (k.w.) menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan."


Image of Habbatus-Sauda
10.   Habbatus Sauda' (Nigella Sativa)

Habbatus Sauda' adalah sejenis bijirin yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam, mempunyai dalil atau nas yang terlalu banyak dari Nabi SAW sendiri dan ulama perubatan Islam.

Di antara sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Daripada hadis Abi Salamah (r.d.) bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati."
2nd Image of Habbatus-Sauda

Ibnu Sina dalam kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib m.s. 856, menyatakan bahawa: "Habbatus sauda' dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin)."

Begitu juga dengan pendapat ulama perubatan Islam lain seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya Jamiah, Daud Al-Intoqi dalam kitab Tazkirah dan lain-lain.


Image of Hindiba
11.   Hindiba' (Cichorium Intybus)

Pokok Hindiba' sangat terkenal sebagai herba yang baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, Pliny (A.D 23-79), Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan Firaun).

Setelah Kedatangan Nabi Muhammad SAW, hindiba' menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak meriwayatkan tentang hindiba'. Ulama perubatan Islam menyebut bahawa hindiba' dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.

Dalil-dalil kebaikan hindiba' - Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Makanlah oleh kamu hindiba' dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut. Sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba' itu melainkan mengandungi air dari syurga."

Kenyataan kebaikan hindiba' oleh ulama perubatan Islam terkenal zaman silam iaitu Imam Ja'afar As-Sodiq (83-148H): "Hendaklah kamu memakan hindiba' kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka." Mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda.
2nd Image of Hindiba

Khasiat hindiba' menurut Ibnu Sina (370-428H): Terjemahannya: Berkata Ibnu Sina: "Hindiba' dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit mata, menghapuskan penyakit keputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan (kemerahan kerongkong), dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba' merupakan penawar terpilih untuk mengatasi masalah kelemahan di perut."

3rd Image of Hindiba
Khasiat hindiba' menurut ulama perubatan Islam Ibnu Qayyim Al-Juziyah (691-751H), dalam kitabnya Tib Al-Nabawi m.s. 368, beliau mengatakan, maksudnya: "Apabila dimakan maka hindiba' boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, di urat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersih (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba' mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah keracunan badan (toksin)."


Image of Babunaj
12.   Babunaj (Matricaria Chamomilla)

Sejak zaman dahulu hingga kini masyarakat Arab dan Farsi menganggap pokok babunaj sebagai pokok herba yang sangat istimewa untuk mereka. Bunga babunaj yang berwarna putih kekuningan sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai-bagai penyakit.
2nd Image of Babunaj

Di antara khasiat bunga babunaj seperti mana yang disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam ialah dapat melawaskan kencing, mengubati kesakitan ketika haid, mengubati usus kecil dan besar, sistem penghadaman, gastrik, buang angin di badan, menghilangkan kepanasan di badan, sakit kepala, sakit-sakit sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga kepada seseorang. Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina, Jilid 1, m.s. 473-474, kitab Sidlit Al-Athor Ibnu Al-Baithor m.s. 89-90, kitab Sidlit Al-A'sab Daud Al-Intoqi, m.s. 60 dan lain-lain kitab perubatan Islam.


Image of Zanjabil
13.   Zanjabil (Halia/Zingiber Officinale)

Sudah menjadi amalan kebiasaan orang Arab sejak zaman dahulu sehingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian, teh, kopi susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam.

Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam al-Quran (Surah al-Insan : 17) yang bermaksud: "Mereka dalam syurga itu diberi sejenis minuman yang dicampurnya dari zanjabil."

Khasiat zanjabil - Menurut kitab-kitab perubatan Islam, zanjabil dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan. Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina m.s. 558-559, kitab Tib Al-Nabawi m.s. 293, kitab Sidlit Al-Athor m.s. 293-294, kitab Sidlit Al-A'sab m.s. 253.


Image of Hulbah
14.   Hulbah (Halba/Fenugreek/Trigonella Foenum-Graecum)
2nd Image of Hulbah

Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi. Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada dari Nabi SAW sendiri dan ulama perubatan Islam, di antaranya bermaksud : Disebut daripada Al-Qasim bin Abdul Rahman, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Berubatlah kamu dengan hulbah."

Kebaikan hulbah menurut kenyataan Ulama Perubatan Islam: "Seandainya manusia mengetahui manfaatnya Hulbah, tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang sama timbangannya."
3rd Image of Hulbah


Khasiat hulbah - Dalam kitab-kitab perubatan dinyatakan bahawa hulbah mengubati masalah sakit kerongkong, kahak, sakit dada, lelah, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin (gastrik), jantung, buah pinggang dan keracunan badan (toksin).

Lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib Ibnu Sina, m.s. 597-598. Kitab Tib Al-Nabawi m.s. 276, kitab Sidlit Al-A'sab Daud Al-Intoqi oleh Muhsin Aqil m.s. 162-163, kitab Sidlit Al-Athor Ibnu Al-Baithor oleh Muhsin Aqil m.s. 191-912.



Hubungi Kami Untuk Keterangan Lanjut :
012-9218264 (Azman)     •     012-9635499 (Rohanah/Shahiran)     •     09-7651984 (Pejabat)