KHAL Tamar Plus Penyembuh Penyakit

  cari di laman web khaltamarplus.com



T I P S     P E N G A M B I L A N     K H A L

Untuk kesan optimum, KHAL hendaklah diminum tanpa dicampur dengan air minuman lain, dua kali sehari selepas sarapan pagi dan malam. Jadikan KHAL sebagai minuman terakhir anda sebelum tidur. Sebelum diminum hendaklah terlebih dahulu dibaca al-Fatihah (1x), Selawat keatas Nabi SAW (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.

(Sila rujuk Cara Pengambilan KHAL di bawah.)


  KHAL TAMAR PLUS   •   Apa Itu KHAL   •   Khasiat & Kebaikan KHAL   •   Cara Pengambilan KHAL

  Herba Khazanah Perubatan Islam   •   Dalil Hadis & Ulama   •   Penyembuhan   •   Lain-lain Produk   •   Senarai Harga


Muslim 2052: Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (rd) bahawasanya Rasulullah SAW bertanyakan tentang hidangan lauk kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab: "Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL", lalu Baginda pun memintanya, lalu Baginda pun mengatakan: "Sebaik-baik hidangan adalah KHAL. Sebaik-baik hidangan adalah KHAL."


                     


Bagaimana Gaya Hidup Anda?

Dalam 30 tahun kebelakangan ini, penghidap pelbagai penyakit meningkat begitu mendadak akibat sikap masyarakat kita yang tidak menitikberatkan aspek pemakanan dan tidak menjalani kehidupan secara sihat. Mengikut kajian barat, tubuh kita dicipta untuk dapat bertahan sehingga 100-120 tahun. Tetapi mengikut sabda Rasulullah SAW, umur umat Baginda hanya antara 60-70 tahun sahaja. Oleh itu manfaatkan kesempatan hidup di dunia ini dengan sebaik-baiknya dan jangan disia-siakan umur yang dikurniakan Allah SWT. Jagalah kesihatan agar dapat beramal ibadat dengan sempurna dan sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk menuju ke alam yang kekal abadi.
Artikel tambahan ▼


Ambillah makanan yang pelbagai dalam diet seharian untuk mendapatkan zat dan vitamin yang mencukupi. Jangan hanya memakan makanan yang sama setiap hari. Tubuh kita memerlukan 75% karbohidrat yang berasaskan serat (untuk tenaga), 15% protein (untuk pembentukan dan penggantian tisu) dan hanya 10% lemak (untuk menyimpan nutrien). Lebihkan mengambil makanan yang berasaskan sayur-sayuran, ulam, buah-buahan dan kekacang kerana semua keperluan zat yang diperlukan badan seperti zat besi, protein, vitamin, mineral dll sememangnya terdapat didalamnya. Makanan tersebut dapat merendahkan kolesterol, dapat mengawal tekanan darah tinggi, tidak menggemukkan dan boleh menghalang terjadinya penyakit. Buah-buahan sebaiknya diambil pada waktu pagi manakala sayur-sayuran dan protein diambil pada waktu tengahari.

Serat amat penting diambil kerana ia dapat membuang bahan kimia yang tidak diperlukan badan dan ia dapat menghalang terjadinya kanser terutama dibahagian usus. Dengan mengamalkan serat, perut akan sentiasa merasa kenyang dan keinginan untuk sentiasa makan akan berkurangan. Serat tidak mempunyai kalori dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak di badan. Inilah salah satu cara untuk terus mengekalkan bentuk badan yang ramping secara semulajadi.

Kekalkan berat badan ideal (kurang 25 bacaan BMI). Kita tidak perlu makan melebihi dari keperluan tubuh. Kurang makan bukan bermakna kurang mengambil makanan berzat. Orang yang kuat makan akan cepat keletihan dan kekurangan tenaga kerana banyak tenaga yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti lain diambil oleh tubuh untuk proses penghadaman makanan. Jadi sedikit sahaja tenaga yang tinggal untuk aktiviti lain. Orang yang gemuk akan memberi banyak tekanan kepada jantung, organ dan urat saraf serta berisiko mendapat penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Janganlah dibunuh hati kamu dengan makan dan minum terlampau banyak, kerana hati adalah seumpama buah malahan seumpama ladang yang binasa akibat terlampau banyak air. Begitulah hati akan binasa dengan banyak makan dan minum."

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras." (Riwayat Huzaifah)

Elakkan mengambil gula dan garam berlebihan. Pengambilan gula berlebihan dikaitkan dengan diabetes. Pengambilan minimum garam sehari ialah 500 mg dan maksimum ialah 2,400 mg (sekitar satu sudu teh). Bagaimanapun pengambilan 1,800 mg adalah cukup sihat. Pengambilan garam secara berlebihan akan menyebabkan hipertensi (tekanan darah tinggi) yang akhirnya boleh menyebabkab serangan jantung dan strok serta berisiko kerosakan buah pinggang, kerosakan perut dan osteoporosis.

Minum air 8-10 gelas sehari. Buah pinggang memerlukan air secukupnya untuk memproses bahan buangan/toksid daripada badan dan air juga bertindak sebagai pelincir kepada pergerakan sendi. Kekurangan air boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, artritis (sakit sendi), pedih ulu hati, sakit belakang, migrain, radang usus besar dan angina (sakit dada).

Dapatkan rehat yang cukup. Tidur 6, 7 atau 8 jam mengikut kadar metabolisme tubuh anda. Semasa tidur, tubuh melakukan proses baik-pulih yang hanya dilakukan pada waktu malam. Amalkan tidur awal dan bangun di awal pagi. Jumlah tidur boleh dikurangkan sehingga minimum 6½ jam tetapi hendaklah secara beransur-ansur. Lebihan masa tersebut boleh digunakan untuk aktiviti yang lebih bermanafaat. Tidak cukup tidur boleh menyebabkan depresi, kurang tumpuan, wajah kelihatan lebih tua daripada usia, boleh memadamkan keinginan seksual, kurang imuniti badan, kegemukan dan seterusnya berisiko mendapat serangan jantung dan strok. Jadi, berilah keutamaan kepada tidur dan jangan dianggap ringan tentang tidur.

Senaman atau pergerakan badan amat penting. Lakukan senaman regangan selama 10-15 minit setiap pagi untuk melenturkan tulang. Juga kita perlu melakukan aktiviti aerobik selama 30 minit setiap selang sehari seperti berenang, berjoging, berbasikal dan berjalan untuk menguatkan tulang dan baik untuk jantung (bagi yang mempunyai masalah jantung tidak digalakkan berjoging), meningkatkan kadar metabolisme tubuh serta untuk menambahkan oksigen di otak. Makin kita berumur, makin perlu kita bersenam. Jika kita malas bersenam atau jarang melakukan aktiviti fizikal, organ kita akan menjadi lemah. Sebagai contoh, insulin tidak dihasilkan oleh pankreas dan jika pun dihasilkan ianya tidak berkualiti dan tidak dapat menukar gula menjadi tenaga, maka terjadilah penyakit kencing manis. Pesakit diabetes berisiko diserang sakit jantung dan angin ahmar (strok). Dengan melakukan aktiviti fizikal, tubuh akan menjadi sihat dan segar.

Serangan jantung masih lagi menjadi pembunuh nombor satu diikuti oleh kanser. Ia disebabkan oleh pengambilan lemak yang berlebihan dan kolesterol yang tinggi. Pengumpulan lemak dan kolesterol di saluran arteri darah akan menyebabkan sel dibahagian tersebut pecah dan berlakunya pembekuan darah yang akan menutup saluran darah dan dalam beberapa saat saja akan menyebabkan serangan jantung. Untuk mengelak risiko terjadinya serangan jantung, strok, kanser, darah tinggi, kencing manis dll, lebihkan mengambil sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.


Bagi yang belum terkena penyakit, awas ! Itu tidak bermakna anda bebas dari penyakit. Penyakit yang datang, memang tidak nampak dan disedari pada awalnya. Ianya berlaku secara senyap lama sebelum kita menyedarinya. Apabila kita sedar, ia dah pun terlalu lewat dan mencapai tahap kritikal. Beringat sebelum kena dan janganlah dah terhantuk baru nak tergadah.

Ramai yang terpaksa menanggung derita pada usia muda akibat penyakit (yang sebenarnya boleh dielakkan) dan seterusnya bergantung hidup dengan ubat-ubatan farmaseutikal yang diketahui mempunyai kesan sampingan. Sisa dan saki-baki dari ubatan tersebut akan terus berada dalam badan dan merosakkan organ yang tidak berkaitan. Ubatan tersebut hanya dapat mengawal dan "menghilangkan" penyakit tapi tidak menyembuhkan atau mengubati punca terjadinya penyakit. Kita dinasihatkan oleh doktor, "Habiskan kesemua antibiotik." Antibiotik mematikan kesemua bakteria, jahat dan baik, sedangkan bakteria baik itulah yang melindungi kita daripada kebanyakan masalah kesihatan.

Berlainan dengan ubat-ubatan herba atau perubatan secara Islam yang mempunyai bahan penyembuh yang membuang penyakit dan tidak mendatangkan kesan sampingan kerana herba berlebihan yang tidak diperlukan badan akan dikeluarkan melalui saluran najis dan perkumuhan badan. Tidak dinafikan ubatan herba "lambat" penyembuhannya berbanding ubatan farmaseutikal tapi jangan lupa sesuatu yang "lambat" itulah yang akhirnya akan "menang".




Ibnu Majah 3318: Terdapat dalam sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (rd) Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah."



Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Setiap penyakit ada ubatnya." Kepada yang sudah terkena penyakit, banyakkan bersabar dan berdoa. Masalah anda masih ada penawarnya. Jawapannya ada bersama kami, insya-Allah. Ramai yang sudah mencuba pelbagai produk, wang dah banyak dihabiskan namun penyembuhannya tidak seperti yang diharapkan ...


Melalui ilmu dan pengalaman serta usaha yang tidak mengenal penat, Ustaz Haji Abdul Jamil Bin Ahmad, Pengarah Urusan Perniagaan Qurba Sdn. Bhd; anda yang berada di Malaysia, Brunei, Singapura atau di mana sahaja berpeluang bersama-sama mengamalkan KHAL TAMAR PLUS yang boleh dianggap pendinding tubuh menentang penyakit zaman moden. KHAL yang menjadi makanan Sunnah Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhamad SAW lagi adalah jawapan untuk permasaalahan kesihatan kita semua. Melalui keberkatan KHAL, anda boleh membuang perasaan takut terhadap kesan makanan dan bebas dari sebarang penyakit. Kini kita boleh bersama-sama menghadapi masa depan dengan lebih yakin dan menggembirakan.



Kitab Perubatan Nabi oleh Muhsin Aqil Darul Majjah Al-Baida, Beirut 1420H, m/s 61: "Celupan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah KHAL."



KHAL TAMAR PLUS

Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. yang berteraskan khazanah perubatan Islam memperkenalkan KHAL yang didukung oleh kajian dan pengalaman oleh Ustaz Haji Abdul Jamil Bin Ahmad. Produk KHAL ini berjaya dihasilkan setelah melalui 3 peringkat pembelajaran. Pertama - kajian kitab-kitab perubatan Islam klasik, moden dan buku perubatan barat. Kedua - pengalaman sendiri beliau melihat cara pemakanan kesihatan orang Arab di beberapa negara Arab semasa beliau belajar di sana dahulu. Ketiga - pengalaman beliau sebagai seorang pengamal perubatan Islam sejak lebih 20 tahun bertemu dan membantu masyarakat Islam dalam pelbagai masalah kesihatan.

Tamadun perubatan Islam terlalu besar bagi beliau sehinggakan terpaksa beberapa kali berulang alik ke beberapa buah negara Arab untuk mendalami ilmu perubatan Islam, herba-herba dan cara menggunakannya dengan betul. Produk KHAL ini adalah hadiah istimewa tamadun perubatan Islam bagi menyelesaikan beberapa penyakit kronik yang ditakuti pada zaman ini dan dalam masa yang sama kita mengamalkan MAKANAN KESIHATAN SUNNAH PARA NABI-NABI sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama perubatan Islam.

Ustaz Haji Abdul Jamil merupakan pengamal perubatan Islam berpengalaman selama hampir 20 tahun mengkaji dan menyelidik serta mendapatkan cara-cara khusus sebelum kemudiannya kini berbesar hati memperkenalkan KHAL kepada seluruh penduduk Malaysia. Perlu diingat KHAL diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab.

Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad SAW lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India. Manakala dalam masyarakat Islam di Malaysia khususnya, penggunaan KHAL masih tidak begitu meluas tetapi kini sudah mula diketahui dan disedari oleh golongan yang suka membuat kajian, rajin membaca serta yang mementingkan kesihatan badan.


Kitab Tibbul Aimmah oleh Assayyid Abdullah Syubbir, Juzuk Awal Maktab Alalfain, 1410H, m/s 192-193: Bersabda Rasulullah SAW: "Makanlah oleh kamu KHAL, kerana ia dapat membunuh bakteria-bakteria dalam perut."



Apa Itu KHAL?

Imej ikon KHAL
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar, epal, anggur dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar daripada jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

KHAL bukanlah bermaksud cuka sepertimana yang difahami oleh kebanyakan orang atau pun cuka buatan yang dibuat masakan dalam makanan. KHAL adalah suatu bentuk minuman kesihatan badan yang mempunyai banyak khasiat. KHAL dapat memenuhi kehendak tubuh badan dan mempunyai keberkesanan yang maksimum. Ianya adalah bersifat alkali (lawan kepada asid).

KHAL yang dihasil dan dipasarkan oleh Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh ulama perubatan Islam dalam kitab-kitab mereka. Tidak sama seperti KHAL biasa di pasaran, KHAL dicampurkan dengan madu asli dari negara Islam Iran. Juga disediakan herba-herba penting untuk kesihatan badan yang mana herba-herba ini sangat baik dimakan bersama KHAL demi kebaikan kesihatan yang maksimum.

Sebelum KHAL diperkenalkan, khazanah penting ini tidak begitu dipandang serius khususnya oleh masyarakat Malaysia. Maka khazanah perubatan Islam ini dicuri pihak barat, diamalkan secara meluas dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa tanpa memberi manfaat kembali kepada masyarakat Islam yang menjadi sumbernya. Dengan munculnya KHAL, kini khazanah perubatan Islam telah dimartabatkan di Malaysia. Khazanah ini merupakan aset penting seiring dengan kebenaran Islam itu sendiri yang merupakan suatu cara hidup yang lengkap termasuklah dalam masalah kesihatan.


Kenyataan KHAL oleh Ulama Perubatan Islam silam: "Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati."



Kenapa KHAL Daripada Buah Tamar (Kurma)?

Pemilihan buah tamar untuk dibuat KHAL adalah kerana khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim (terjemahannya): Terdapat di dalam hadis sahih daripada Rasulullah SAW : “Sesiapa yang makan tujuh biji buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz, tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat daripada bisa, racun dan sihir pada hari itu.” Dan juga dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya 2046, hadis Nabi SAW (terjemahannya): Bahawa Baginda SAW bersabda: "Apabila sesuatu rumah tidak ada tamar maka penghuninya akan kelaparan (kurang sihat)."

Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.


KHAL, Madu Dan Herba Khazanah Perubatan Islam

Produk KHAL ini dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran kerana menurut kitab-kitab perubatan Islam ianya dapat mempercepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah ubat yang turun bersama wahyu (Surah al-Nahl : 68-69).

Produk ini juga dibekalkan dengan beberapa herba terpilih dari Khazanah Perubatan Islam supaya pengguna mendapat keberkesanan yang maksimum dan lebih cepat berkesan terutama pada masalah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, obesiti, kolesterol, lemak yang berlebihan di usus perut, jantung serta mengatasi masalah gastrik, buasir dan sebagainya. Penggunaan herba tidak memberikan sebarang masalah kepada kesihatan badan kerana ia tidak langsung memberikan kesan sampingan. Sekiranya sesuatu herba itu tidak diperlukan badan maka ia akan keluar dari badan melalui proses pembuangan najis atau proses perkumuhan. ►Herba Khazanah Perubatan Islam.


Saiyidina Ali (karamallah) berkata: "Minumlah oleh kamu KHAL, kerana KHAL dapat membunuh ulat-ulat (bakteria atau kuman) di dalam perut."



KHAL Sebagai Pemangkin Kesihatan

Secara saintifik, KHAL adalah minuman yang kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda). Peranan potassium menjadikan kulit tegang, tidak berkedut, dan mencegah garis-garis halus di muka. Potassium juga berguna untuk kecerdasan, tidak letih dan malas bergerak serta kelihatan riang. KHAL rasanya seperti cuka, tetapi tidak berbahaya kepada tubuh. KHAL adalah minuman beralkali yang dapat mengimbangkan asid dalam badan serta mengembalikan keseimbangan pH dalam tubuh. KHAL juga kaya dengan vitamin C, E, B1, B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). Diperlukan sebagai agen pembersih badan, menyingkirkan bakteria negatif, kuman, bau badan serta bersifat memulihkan semua organ penting tubuh. KHAL juga dapat memotong lemak, kolesterol, asid-asid yang tidak diperlukan badan (menstabilkan), mengurangkan kandungan gula yang membawa kepada kencing manis (diabetes), mengurangkan garam yang berlebihan yang menjadi punca masalah tekanan darah tinggi yang membawa kepada strok atau lumpuh, badan terketar-ketar, lupa, nyanyuk dan lain-lain.

Ringkasnya, KHAL sangat diperlukan tubuh kerana penggunaan KHAL secara rutin (jangka masa panjang) dapat mengurangkan keperluan kita berjumpa doktor, tidak membazir wang, masa dan tenaga serta pentingnya kelihatan sihat dan dapat beribadat kepada Allah dengan baik, segar, dan awet muda. KHAL adalah pemangkin kesihatan yang utama sejak berkurun lamanya sepertimana disebutkan dalam kitab perubatan Islam klasik, moden dan buku-buku perubatan barat.


Ulama perubatan Islam terkenal Ibnu Sina (370-428H), Al-Qanun Fi Al-Tib, Tahqiq & Ta'liq oleh Sa'id Al-Lahham, Juzuk I, Darul Fikri, Beirut 1414H, m/s 908-909: KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit daripada kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.



Khasiat & Kebaikan KHAL

  • Menurunkan kandungan gula dalam darah (mengawal kencing manis), serta mengekalkan darah pada tahap yang konsisten dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Membuang kolesterol lemak di badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak dan kesumbatan di saluran jantung, lemak di buah-pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak berlebihan yang boleh membawa penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

    Bagi yang mengalami masalah buah-pinggang disyorkan mengambil KHAL bersama produk Li Khamsatun (untuk memulihkan kembali organ buah-pinggang) dan produk Za'faran (untuk mencuci darah).

    Bagi yang mengalami masalah jantung atau strok disyorkan mengambil KHAL bersama produk Li Khamsatun untuk memantapkan penyembuhan.
  • Mencegah tumor di tempat yang hendak ditumbuhinya dan berupaya melawan tumor-tumor merbahaya.
  • Membersih dan menyeimbangkan aktiviti perut serta membantu proses pencernaan makanan.
  • Mengurai susu dan darah jika keduanya membeku di dalam perut.
  • Melembutkan makanan-makanan berat.
  • Membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti) bagi mengelak daripada terjadinya penyakit kencing manis. KHAL juga boleh diamalkan oleh kanak-kanak belasan tahun yang mengalami obesiti (kadar ½ dewasa).
  • Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asid dalam badan dan dapat merawat masalah gout.
  • Awet muda, membentuk badan yang cantik (slimming) dan keremajaan kulit di muka. Untuk menyihatkan kulit, mengubati kulit yang terbakar di muka dan badan dan membuang bintik-bintik hitam.
  • Melancarkan darah.
  • Membantu mengatasi masalah sembelit (memudahkan pembuangan air besar), buasir, menstabilkan air kencing, mencuci buah pinggang, pundi kencing, kencing rasa tak puas bagi lelaki/perempuan kerana KHAL membunuh bakteria berbahaya (e-coli).
  • Mencegah dari awal terjadinya batu karang di pundi kencing, buah pinggang dan batu di hempedu dan bermanfaat bagi limpa.
  • Membantu serta mencegah masalah kuman dan bakteria dari organ-organ terutamanya di usus, tisu-tisu badan serta sendi dan masalah arthritis (tulang).
  • Membantu serta melegakan masalah sakit kerongkong (faringitis), menguatkan gigi, gusi dan kuman (bakteria) di mulut.
  • Membantu serta merawat pesakit asma, selesema, batuk yang berpanjangan, membuang kahak/gelema dan sinus (resdung) untuk bernafas secara normal.
  • Melegakan kepenatan, sakit kepala serta membuang kepanasan badan dan memulihkan tenaga.
  • Mencegah masalah kelumumur, kegatalan kulit kepala, rambut kering, rambut gugur dan botak.
  • Bertindak sebagai agen pembersih badan, menyingkirkan bakteria negatif, kuman, bau badan serta bersifat memulihkan semua organ penting tubuh.
  • Merangsang selera makan.
  • Mencegah hilangnya zat-zat makanan.
  • Menghilangkan dahaga.
  • Melembutkan tabiat.
  • Menghalang bahaya ubat-ubatan farmasi. KHAL akan membuang dan mengeluarkan mendapan lama dan tinggalan ubatan farmasi dari badan.
  • Dan akhirnya, untuk dijadikan amalan agar terus sihat walaupun tidak berpenyakit kerana KHAL tidak memudaratkan. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.


Ulama Islam terkenal Ibnu Qaiyim Al-Jauziyah (619-751H), Al-Tib Al-Nabawi Darul Kitab Al-Arabi, Beirut 1410H, m/s 233: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap penyakit bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan daripada ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat untuk masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).



Jika Anda Serius Tentang Kesihatan Diri ...

Ya, jika anda serius tentang kesihatan diri dan inginkan kesihatan yang berterusan, tempah sekarang dan rasai sendiri kebaikan mengamalkan KHAL. Sayangnya ketika usia masih muda tetapi sudah berpenyakit. Apalah gunanya umur yang panjang tetapi tidak dapat menikmati kehidupan. Dan apalah maknanya kehidupan jika tidak dapat berbakti kepada keluarga dan masyarakat. Sabda Rasulullah SAW: "Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling bermanfaat bagi manusia lain." Betapa nikmat dan pentingnya kesihatan akan hanya dirasai setelah kita jatuh sakit.
Insya-Allah, KHAL TAMAR PLUS adalah jawapan yang anda cari untuk masalah kesihatan anda !!


HARGA TERKINI SEKOTAK KHAL TAMAR PLUS (1 LITER)
(Berkuatkuasa : 1-1-2010 - tidak termasuk kos penghantaran)

   Sem. Malaysia   »   Bukan Ahli = RM90   •   Ahli = RM77
Sabah/Sarawak   »   Bukan Ahli = RM95   •   Ahli = RM82

Brunei = BND47   •   Singapore = SGD47   •   Others = USD38

Klik di sini untuk tempahan.

Keterangan Kandungan Pembelian:
  • Satu botol KHAL (1 liter) yang sudah dicampur dengan madu asli dari negara Islam Iran.
  • Satu bekas herba-herba pilihan (60 gram) dari Khazanah Perubatan Islam.
  • Satu buku KHAL (keterangan khasiat, amalan pemakanan dan kaedahnya).
KHAL disediakan daripada jus buah tamar (kurma). Diproses secara semulajadi menjadi
KHAL. Tidak melalui proses penapisan atau penyulingan bagi memelihara keaslian
khasiatnya. Dicampur dengan madu asli bagi memenuhi keberkesanan khasiat kesihatan
maksimum KHAL menurut kaedah perubatan Islam. Tidak mengandungi pewarna
tiruan, perisa dan bahan pengawet.



Cara Pengambilan KHAL (pilih diantara dua cara):

Cara Pertama (disyorkan)
Goncang botol dan tuangkan 15ml KHAL ke dalam gelas. Campurkan satu sudu kecil
herba. Kacau dan minum perlahan-lahan.

Cara Kedua
Masukkan kesemua herba ke dalam botol. Semasa hendak minum, goncang
botol hingga sebati dan tuangkan 15ml KHAL ke dalam bekas yang
disediakan dan minum perlahan-lahan.

Untuk kesan optimum, KHAL hendaklah diminum tanpa dicampur
dengan air minuman lain, dua kali sehari selepas sarapan pagi dan
malam. Jadikan KHAL sebagai minuman terakhir anda sebelum tidur.
Sebelum diminum hendaklah terlebih dahulu dibaca al-Fatihah (1x),
Selawat keatas Nabi SAW (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya
mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.



Ingin Menjadi Pengedar Di Kawasan Anda?

Hubungi Kami Untuk Keterangan Lanjut :
      012-9218264 (Azman)     •     012-9635499 (Rohanah/Shahiran)     •     09-7651984 (Pejabat)
Kongsi Kebaikan Khal Tamar Plus Dengan Kenalan Anda