KHAL Tamar Plus Penyembuh Penyakit

  cari di laman web khaltamarplus.com




Ibnu Majah 3318: Terdapat dalam sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (rd) Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah."



K H A L   T A M A R   P L U S



Khal Tamar Plus adalah hasil produk yang didukung oleh kajian terhadap kitab-kitab perubatan Islam klasik, moden dan buku perubatan barat dan juga melalui pengamatan amalan pemakanan di beberapa negara Arab. Ianya dirumus untuk mengubati dan mencegah beberapa penyakit kronik terkini. Kajian mendapati KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad SAW lagi. KHAL juga digunakan oleh penduduk dan pejuang-pejuang silam di Eropah, Jepun, Cina dan India bagi meningkatkan kekuatan badan.

Imej ikon KHAL
KHAL, dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar, epal, anggur dan tin yang diperam dalam jangka masa tertentu. KHAL yang dipasarkan ini diperbuat daripada buah tamar kerana khasiatnya yang terlalu banyak. Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203 dan Imam Muslim: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang makan tujuh biji buah tamar di pagi hari (dan menurut satu lafaz, tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat daripada bisa, racun dan sihir pada hari itu.” Juga dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya 2046, Nabi SAW bersabda: "Apabila sesuatu rumah tidak ada tamar maka penghuninya akan kelaparan (kurang sihat)."

Produk KHAL ini dicampur dengan madu asli yang diimport dari negara-negara Islam. Madu lebah juga adalah ubat yang diwahyukan. Hadis riwayat Ibnu Majah, Nabi SAW bersabda: "Hendaklah kamu sekalian menggunakan dua ubat iaitu madu dan al-Quran."

Hadis riwayat Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda: "Kesembuhan (cara rawatan) terdapat pada 3 hal iaitu minum madu, goresan pembekam dan rawatan dengan besi yang dipanaskan. Saya melarang umatku daripada rawatan dengan besi yang dipanaskan."

Produk ini juga dibekalkan dengan beberapa herba terpilih khazanah perubatan Islam yang tidak langsung menimbulkan kesan sampingan kerana lebihannya akan keluar melalui proses pembuangan najis atau perkumuhan.


Khasiat dan Kebaikan KHAL

  • Mengawal kandungan gula dan garam dalam darah (memulihkan kencing manis dan menstabilkan tekanan darah).
  • Membuang kolesterol lemak di badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak dan kesumbatan di saluran jantung, lemak di buah-pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak berlebihan yang boleh membawa penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

    Bagi yang mengalami masalah buah-pinggang disyorkan mengambil KHAL bersama produk LI KHAMSATUN (untuk memulihkan kembali organ buah-pinggang) dan produk ZA'FARAN (untuk mencuci darah).

    Bagi yang mengalami masalah jantung atau strok disyorkan mengambil KHAL bersama produk LI KHAMSATUN untuk memantapkan penyembuhan.
  • Mencegah tumor dan berupaya melawan tumor-tumor merbahaya.
  • Membersih dan menyeimbangkan aktiviti perut serta membantu proses pencernaan makanan.
  • Mengurai susu dan darah jika keduanya membeku di dalam perut.
  • Melembutkan makanan-makanan berat.
  • Membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti). KHAL juga boleh diamalkan oleh kanak-kanak belasan tahun yang mengalami obesiti (kadar ½ dewasa).
  • Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asid dalam badan dan merawat masalah gout.
  • Awet muda, membentuk badan yang cantik (slim), menyihatkan kulit, mengubati kulit yang terbakar di muka dan badan dan membuang bintik-bintik hitam.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengatasi masalah sembelit, buasir, menstabilkan air kencing, mencuci buah pinggang, pundi kencing, kencing rasa tak puas. KHAL berupaya membunuh bakteria berbahaya (e-coli).
  • Mencegah dari awal terjadinya batu karang di pundi kencing, buah pinggang, hempedu serta limpa.
  • Membantu serta mencegah masalah kuman dan bakteria di usus, tisu-tisu badan serta sendi dan masalah arthritis (tulang).
  • Membantu serta melegakan masalah sakit kerongkong (faringitis), menguatkan gigi, gusi dan mematikan kuman di mulut.
  • Membantu serta merawat pesakit asma, selesema, batuk yang berpanjangan, membuang kahak/gelema dan resdung.
  • Melegakan kepenatan, sakit kepala serta membuang kepanasan badan dan memulihkan tenaga.
  • Mencegah masalah kelemumur, kegatalan kulit kepala, rambut kering, rambut gugur dan botak.
  • Bertindak sebagai agen pembersih badan, menyingkirkan bakteria negatif, kuman, bau badan serta bersifat memulihkan semua organ penting tubuh.
  • Merangsang selera makan.
  • Mencegah hilangnya zat-zat makanan.
  • Menghalang bahaya ubat-ubatan farmasi. KHAL akan membuang dan mengeluarkan mendapan lama dan tinggalan ubatan farmasi dari badan.



HARGA TERKINI SEKOTAK KHAL TAMAR PLUS (1 LITER)
(Berkuatkuasa: 1 Julai 2018)

             Harga Pengedar / Ahli   »   RM82
Harga Pengguna / Bukan Ahli   »   RM95


Keterangan Kandungan Pembelian:
  • Satu botol KHAL (1 liter) yang sudah dicampur dengan madu asli.
  • Satu bekas herba-herba pilihan (60 gram) dari Khazanah Perubatan Islam.
  • Satu buku KHAL (keterangan khasiat, amalan pemakanan dan kaedahnya).

Cara Pengambilan KHAL:

Goncang botol dan tuangkan 15ml KHAL ke dalam gelas. Campurkan satu
sudu kecil herba. Kacau dan minum perlahan-lahan.

Untuk kesan optimum, KHAL hendaklah diminum tanpa dicampur
dengan air minuman lain, dua kali sehari selepas sarapan pagi dan
malam. Jadikan KHAL sebagai minuman terakhir anda sebelum tidur.
Sebelum diminum hendaklah terlebih dahulu dibaca al-Fatihah (1x),
Selawat keatas Nabi SAW (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya
mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.

Anda boleh mengambil Khal bersama ubatan hospital. Cuma jarakkan
pengambilan antara keduanya selama 2 jam.