Terma & Syarat Khal Web Tamar Plus Dot Com



TERMA DAN SYARAT


Selamat datang ke www.khaltamarplus.com. Ini adalah web kedai Perniagaan Khaltamarplus. www.khaltamarplus.com diuruskan secara sah dibawah nama rasmi Perniagaan Khaltamarplus didaftarkan di Kota Bharu, Kelantan dengan nombor lesen KT0280801-D. Perniagaan Khaltamarplus beralamat di Lot 236 Taman Sri Permai, Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan.

Perniagaan Khaltamarplus bertanggungjawab menguruskan www.khaltamarplus.com, memasarkan produk kepada pelanggan dan mengagihkan stok kepada wakil pengedar/ahli kami berdasarkan terma dan syarat di halaman ini. Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti. Dengan menggunakan web ini, anda dianggap telah bersetuju terhadap semua terma dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah:

PRIVASI
Perniagaan Khaltamarplus dan hal berkaitan syarikat ini mengambil serius hubungan kami dengan para pelanggan, pengedar dan pengguna web kami. Ini termasuklah cara kami menguruskan data/maklumat pelanggan yang diterima.

Kami komited untuk memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, akta perniagaan Malaysia dan kod etika/akad perniagaan.

1. Maklumat Anda
www.khaltamarplus.com adalah percuma untuk diakses dan dibaca. Kami hanya mengambil maklumat anda jika anda melakukan salah satu daripada aktiviti berikut:
  1. Jika anda membuat tempahan produk.
  2. Jika anda mahu menghubungi, menghantar e-mel dan menghantar maklum balas kepada kami.
Kami hanya mengumpulkan maklumat peribadi (seperti nama dan alamat) hanya jika anda memilih untuk memberikan kepada kami sebagai respons kepada permintaan kami.

Segala maklumat diterima tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak lain kecuali jika terdapat arahan sah undang-undang untuk berbuat demikian.

2. Kebenaran Pelanggan
Kami akan menghantar maklumat terkini berkaitan dan promosi (jika ada) melalui e-mel dan akan berhenti jika anda sebagai pelanggan kami memilih untuk tidak mahu menerimanya.

3. Hakcipta, Terma Perundangan, Hak Perniagaan
Semua kandungan dalam web ini www.khaltamarplus.com seperti teks, grafik, logo, butang, ikon, gambar dan aplikasi web digunakan adalah hakmilik penuh Perniagaan Khaltamarplus dan/atau pembekal dan/atau pihak berkaitan dan dilindungi di bawah Akta Hakcipta dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Malaysia dan Antarabangsa.

Anda tidak dibenarkan mengambil dan/atau menggunakan semula sebahagian atau semua kandungan di web ini tanpa kebenaran bertulis dari Perniagaan Khaltamarplus. Juga anda dilarang untuk menggunakan aplikasi anda untuk mencuri maklumat (samada sekali ataupun banyak kali) daripada web ini untuk digunakan semula. Anda juga dilarang membuat dan/atau memuat naik data anda sendiri menggunakan kandungan (seperti sebut harga dan senarai produk) berdasarkan apa yang didapati daripada web ini.

4. Web Perniagaan
www.khaltamarplus.com adalah nama domain didaftarkan sah bagi Perniagaan Khaltamarplus.

5. Kontrak Pelanggan, Pengguna Web
Apabila anda menghantar maklumat tempahan, menjadi pengedar, mahupun menghantar maklum balas, e-mel susulan berkomputer akan dihantar sebagai pengesahan kami menerima maklumat anda. Tempahan anda menandakan anda bersetuju membeli dan menerima produk kami (dihantar melalui pos KTMB atau Pos Malaysia).

Perniagaan Khaltamarplus akan terus memegang hakmilik produk yang ditempah sehingga pembayaran penuh diterima (contohnya: wang bayaran melalui GIRO/antara bank atau cek memerlukan masa beberapa hari sebelum diterima pihak kami) dan disahkan oleh pihak kami.

Persetujuan terhadap kontrak pengguna ini bermula sebaik sahaja anda menekan mana-mana butang hantar di web ini.

7. Pertukaran Servis, Tambahan, dan Pindaan Syarat
Kami di Perniagaan Khaltamarplus berhak menukar servis disediakan dan meminda terma dan syarat diatas pada bila-bila masa. Penggunaan web ini dan sebarang kegiatan berkaitan web ini tertakluk kepada terma dan syarat semasa.

8. Maklumat Kami
Sila ke bahagian Syarikat untuk maklumat lanjut.

9. Hakcipta
Hakcipta Terpelihara www.khaltamarplus.com (Perniagaan Khaltamarplus - KT0280801-D).