SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Khal Tamar Plus
Khal Tamar Plus adalah cuka hasil peraman buah tamar (dates vinegar) dicampurkan madu asli dari negara Islam Iran dan dibekalkan bersama campuran herba berkualiti Khazanah Perubatan Islam. Hasil kajian amalan KHAL bangsa Arab turun-temurun sehingga kini diperkenalkan oleh Al-Fadhil Ust. Abdul Jamil pengamal perubatan Islam lebih 20 tahun. Mempunyai diploma dalam pengajian Islam dan pelbagai ijazah perubatan Islam dalam dan luar negara, ahli Persatuan Doktor Homeopati Malaysia dan German Malaysia Scientific Ideas (GMSI). Kilang bertaraf GMP.2. Khazanah Perubatan Islam
Khal Tamar Plus dan herbanya dihasilkan berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam, digabungkan dengan nas dari al-Quran, dalil hadis dan keterangan ulama perubatan Islam. Makanan yang dikeluarkan adalah gabungan herba yang pernah diamalkan sejak zaman sebelum Nabi Muhammad SAW lagi sehingga ke hari ini. Diakui sebagai amalan para nabi dan dipersetujui oleh ulama perubatan Islam dahulu dan kini. Bukan sahaja berkhasiat untuk penyembuhan fizikal, malah mempunyai rahsia penyembuhan rohani. ►Herba Khazanah Perubatan Islam.3. Madu Dari Iran
Madu berkualiti tinggi hasil diet lebah di sana berhabitat di kawasan pokok tamar (kurma), tin (fig), zaitun, dan lain-lain pokok makanan berkualiti yang juga mengandungi saranan penting pemakanan dalam al-Quran dan hadis.4. Cara Minum - Pilih diantara 2 cara:-

Cara Pertama (disyorkan)
Goncang botol dan tuangkan 15ml KHAL ke dalam gelas. Campurkan satu sudu kecil herba. Kacau dan minum perlahan-lahan.
Cara Kedua
Masukkan kesemua herba ke dalam botol. Semasa hendak minum, goncang botol hingga sebati dan tuangkan 15ml KHAL ke dalam bekas yang disediakan dan minum perlahan-lahan.
Untuk kesan optimum, KHAL hendaklah diminum tanpa dicampur dengan air minuman lain, dua kali sehari selepas sarapan pagi dan malam. Jadikan KHAL sebagai minuman terakhir anda sebelum tidur. Sebelum diminum hendaklah terlebih dahulu dibaca al-Fatihah (1x), Selawat keatas Nabi SAW (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami.
Jika anda perlu makan bersama ubatan hospital, jarakkan pengambilan kedua-duanya selama 2 jam.
5. Ketahanan KHAL
Sekiranya anda memilih untuk mencampurkan kesemua herba kedalam botol KHAL sebelum mula minum, akan berlaku sedikit perubahan semulajadi iaitu kelihatan bertali atau sedikit berlendir kerana tindak balas herba dengan KHAL. Walaupun demikian, KHAL tetap tidak basi atau rosak kerana sifat KHAL sememangnya sebagai bahan pengawit semulajadi untuk mengelakkan makanan menjadi basi. Jadi anda boleh terus meminum KHAL sampai habis walaupun memakan masa yang lama. Sepatutnya jika anda tetap dengan arahan meminum KHAL 2 kali sehari, ianya akan habis dalam masa sebulan. 6. Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk?
Tidak perlu.7. Rasa
KHAL Tamar Plus rasa seperti cuka, tetapi bersifat alkali jadi tiada masalah jika anda ada gastrik atau gout (malah amat disyorkan). Cecair - walaupun sedikit masam, namun kelebihan khasiat kesihatan yang ada dalam Khal Tamar Plus menjadikan ramai pengamal terus menerus mengamalkan KHAL.8. Siapa Boleh Minum KHAL?

- golongan mereka yang menghidapi penyakit
- golongan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan
- golongan kanak-kanak berumur 7 tahun keatas (kadar ½ dewasa).
9. Khasiat/Untuk Mengubati
- Darah tinggi, sakit kepala (pening/migrain)- Kencing manis (diabetes)
- Sakit jantung/strok (perlu diambil bersama produk Li Khamsatun)
- Kolesterol, obes (kegemukan), slimming (membentuk badan)
- Masalah pernafasan, lelah (asthma), resdung, selesema berlarutan, kahak, batuk
- Cegah asid berlebihan, gout, bisul, kanser, memulihkan sel di organ penting
- Membersihkan sistem pencernaan (usus), sembelit, keracunan badan (toksik)
- Mengembalikan tenaga lelaki/perempuan, masalah rahim (haid)
- Menguatkan gigi, mata, telinga
- Penawar kesan negatif ubatan hospital dll.
10. Kesan Sementara
Kepada anda yang baru mencuba KHAL, jangan bimbang sekiranya anda mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, rasa 'tak sedap' badan, kerap membuang air besar, bacaan kencing manis atau darah tinggi meningkat sedikit, dan lain-lain (bukan semua akan mengalami simptom ini). Semuanya ini adalah untuk sementara waktu dalam 10 hingga 15 hari sahaja. Ini menunjukkan KHAL telah dapat mengesan punca penyakit anda dan pemulihan sedang berlaku. Teruskan mengambil KHAL seperti biasa. Selepas pada waktu itu, simptom tersebut akan hilang dan penyakit anda akan beransur-ansur sembuh.11. Pesakit Buah Pinggang
Jika anda mengalami penyakit buah pinggang, anda disarankan meminum KHAL tanpa herba. Sekiranya anda ingin mencampurkan KHAL dengan herba, hendaklah terlebih dahulu ditapis dengan penapis kain sebelum minum.12. Ibu-Ibu Mengandung
Bagi ibu-ibu yang mengandung kurang dari 4 bulan, tidak digalakkan mengamalkan KHAL kerana tidak mahu mengganggu proses awal kandungan. Tempoh tersebut adalah peringkat kritikal kandungan. Walau bagaimana pun anda boleh mengamalkan KHAL selepas 4 bulan kandungan hingga seterusnya selepas bersalin kerana KHAL akan mempercepatkan proses penyembuhan secara semulajadi, merendahkan darah tinggi/kencing manis dan meningkatkan pengeluaran susu ibu.13. Tempoh Berkesan
Serta merta merasa lega, ringan badan, tenang di kepala, lebih fokus. Bagi yang telah lama sakit (strok/diabetes), kesan positif pemulihan boleh dilihat dan dirasai dalam masa agak singkat, selepas sebulan dua sahaja. Kesan pemulihan berbeza diantara individu.14. Cara Membuat Tempahan Online
Langkah 1: Bank-in ke akaun tertera di mesin ATM, kaunter cawangan atau kemudahan internet bank anda. Kemudian klik di pautan Tempah Sekarang (untuk tempahan susulan oleh ahli dan bukan-ahli) atau di pautan Daftar Keahlian (untuk tempahan bersekali menjadi wakil pengedar/ahli). Nyatakan cara bayaran dan buktikan pembayaran tersebut.Langkah 2: Sila isi borang berkaitan dan klik butang "Hantar ...".
Penghantaran produk akan dilakukan melalui pos setelah wang pembayaran anda disahkan diterima pihak kami. Boleh ditempah oleh semua, tanpa mengira agama dan bangsa.
15. Wakil Pengedar/Ahli, Sub-Stokis & Stokis
Dialu-alukan kepada sesiapa yang ingin berniaga. Modal rendah RM50 sahaja untuk menjadi wakil pengedar/ahli. Untuk anda naik menjadi sub-stokis, anda perlu membuat belian stok bernilai RM3,000 dalam 1 invois dan untuk naik menjadi stokis perlu membuat belian stok bernilai RM8,000. Senarai produk (8 kesemuanya) yang akan dihantar nanti akan ditentukan oleh pihak syarikat, tetapi keutamaan adalah produk KHAL (1 liter dan 500 ml). Belanja pos adalah percuma untuk penghantaran pertama. Untuk penghantaran seterusnya, belanja pos adalah percuma jika belian melebihi RM1,000 untuk sub-stokis dan RM2,000 untuk stokis.Untuk Sem. Malaysia, belanja pos yang kami kenakan untuk tempahan 1 botol ialah RM7. Penghantaran akan mengambil masa 4-5 hari bekerja. Jika anda tempah 3 botol atau lebih, syarikat PQSB akan membuat penghantaran terus ke premis anda dalam masa 2/3 hari sahaja.
Di Sabah dan Sarawak, belum ada lagi stokis atau sub-stokis disana. Yang ada cuma pengedar kecil sahaja. Jadi jika anda berminat untuk menjadi stokis atau sub-stokis di Sabah/Sarawak, rebutlah peluang ini. Apabila anda telah beberapa tahun menjadi stokis, anda berkemungkinan akan diiktiraf menjadi Stokis Negeri dimana anda dapat membeli stok dengan lebih murah lagi. Belanja pos yang kami kenakan untuk satu botol ialah RM14. Penghantaran akan mengambil masa 7-10 hari bekerja.
16. KHAL di pasaran Brunei Darussalam & Singapore
Buat masa sekarang, KHAL belum lagi boleh memasuki pasaran Brunei. Kerajaan Brunei mensyaratkan semua bahan kesihatan dari luar hendaklah mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan kerana bahan-bahan tersebut dianggap sebagai ubat. Di Singapore, kami belum lagi membuka keahlian buat masa sekarang. Di Malaysia KHAL diluluskan sebagai makanan kesihatan yang tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan. Walau pun begitu, bagi anda di Brunei dan Singapore yang ingin mencuba dan menikmati khasiat KHAL masih boleh membuat tempahan dengan kami hanya untuk kegunaan sendiri. Kami akan maklumkan apabila KHAL diluluskan untuk pasaran Brunei dan keahlian dibuka untuk Singapore kelak.17. Komisen/Ganjaran Kepada Wakil Pengedar/Ahli, Sub-Stokis & Stokis
Syarikat PQSB akan membuat pembayaran komisen/ganjaran kepada wakil pengedar/ahli, sub-stokis & stokis yang memenuhi syarat belian dan jualan produk. a). Komisen Belian Peribadi 10%
b). Komisen Kumpulan Niaga 28%
c). Komisen Eksekutif 25%
d). Komisen Jualan Tajaan 5% atau 10%
►Komisen/Ganjaran Kepada Wakil Pengedar
18. Cara Untuk Menaja Ahli Baru Di Bawah Anda
Jika anda sudah pun mendaftar sebagai wakil pengedar/ahli melalui laman web ini dan ingin menaja ahli baru di bawah anda, sila ikut prosedur biasa pendaftaran keahlian. Ahli tajaan anda hendaklah mengisi semua butirannya di pautan Daftar Keahlian dan lengkapkan kedua-dua Langkah #1 dan Langkah #2. Pastikan nama anda sebagai penaja diisi dipetak "C) Penaja (Jika Ada)". Kami akan uruskan keahliannya.19. Cara Menyemak Status Tempahan
Jika anda menghadapi masalah dengan tempahan atau produk tidak sampai dalam masa yang dijangkakan, sila e-mel kami dengan menggunakan borang Maklum Balas Pelanggan dilaman web ini. Sila nyatakan tarikh tempahan dan jumlah bayaran yang dibuat. Jika anda ingin menyemak sendiri status tempahan anda, sila telefon/sms kami untuk mendapatkan Nombor Konsainan dan layari laman web Pos Malaysia, isikan di petak "Jejak dan Kesan" dan klk "Jejak".20. Lain-lain Produk
Disamping produk KHAL (1 liter dan 500 ml), syarikat Perniaggan Qurba Sdn. Bhd. juga mengeluarkan 7 lagi produk kesihatan yang kesemuanya berasaskan Khazanah Perubatan Islam tanpa dicampurkan sebarang pengawet, perisa dan pewarna tiruan. Produk-produk tersebut ialah:-
1. Madu Minda
2. Faqeh Madu Minda

3. Li Khamsatun
4. Za'faran atau Saffron
5. Kopi Herba Ibnu Sina
6. Teh Herba Ibnu Sina
7. Minyak Bidara
Kesemua produk ini boleh ditempah bersekali dengan KHAL. Produk kesihatan ini diakui ramai yang termurah dipasaran berbanding dengan keluaran syarikat lain.
►Lain-lain Produk | Senarai Harga
21. Cek Dalaman/Cek Bank
Kepada pengedar/ahli/sub-stokis/stokis yang memenuhi syarat belian/jualan (rujuk no. 17 di atas) akan dibayar komisen/ganjaran (bonus) dalam bentuk Cek Dalaman atau Cek Bank setiap bulan.Jika bonus anda adalah kurang RM100 anda akan dibayar dalam bentuk Cek Dalaman. Cek ini boleh ditunaikan dimana-mana premis sub-stokis atau stokis atau jika anda adalah pengedar/ahli yang mendaftar melalui laman web ini, anda bolehlah mengumpulnya terlebih dahulu dan kemudian menghantarnya kepada kami untuk kami kreditkan ke akaun bank anda.
Jika bonus anda adalah RM100 keatas anda akan dibayar dalam bentuk Cek Bank. Cek ini boleh dikredit terus ke akaun bank anda.
Hubungi Kami Untuk Keterangan Lanjut :
012-9218264 (Azman) • 012-9635499 (Rohanah/Shahiran) • 09-7651984 (Pejabat)
012-9218264 (Azman) • 012-9635499 (Rohanah/Shahiran) • 09-7651984 (Pejabat)