Testimoni



TESTIMONI


Lela Kartika Bt. Mohd Taib
Ulu Sepetang, Taiping, Perak
Kolesterol


ASSALAMUALAIKUM, SAYA ADALAH PENGGUNA BARU. SEBELUM INI HANYA IBU DAN AYAH YANG MENGGUNAKAN KHAL TAMAR. SAYA HANYA MENGGUNAKANNYA MULAI BULAN JUN 2011 HANYA KERANA KOLESTROL SAYA MENINGKAT DARI 5.4 (JANUARI) KEPADA 6.8 (JUN). JADI IBU TELAH MENCADANGKAN KHAL TAMAR UNTUK MENURUNKAN KOLESTROL. WALAUPUN SAYA HANYA MINUM TIDAK MENGIKUT CARA MINUM YANG BETUL (KADANG-KADANG MINUM KADANG-KADANG TIDAK) TETAPI DENGAN IZIN ALLAH PADA SEPT. KOLESTROL SAYA TURUN KEPADA 4.0


Hasdilan Hj Mahmud
Kg. Perpindahan Lambak Kanan, Brunei Darussalam
Stamina


Syukur Alhamdulilah, memang benar setelah mengamalkan Khal ni, sya merasa semakin sihat & sentiasa bertenaga..:) Bayangkan, sya seorang yg tidak bersukan, tiba2 bulan lepas sya di ajak ke satu tempat oleh teman secara surprise, rupa2nya dibawa hiking naik bukit yg tinggi. Alhamdulilah saya sendiri tidak dapat percaya bagaimana saya boleh menaiki sekurang2nya 8 bukit kesemuanya, ni yg BEST...Tanpa meminum air..hehe..sebab tak ready kn, HEBAT kn.. So ini bermakna sekarang sya mempunyai stamina yg kuat..Alhamdulilah..:)

Saya ada cuba introduce kat family, cuma rata2 mereka tidak sanggup kerana rasanya yang Terlalu masam.. tetapi bagi saya ada pengobatan yang sungguh hebat disebalik rasanya yg kuat masam tu..

Insya Allah nanti sya ingin sekali mencuba produk2 lain keluar syarikat en Azman.. Terima kasih sekali lagi..


Azaman bin Sharif
Changlun, Kedah
Strok


“Strok adalah kecacatan kekal”. Itu adalah kenyataan yang diberikan oleh seorang doktor kepada saya.

Pada tahun 2005, saya menghidap strok dan apabila mendengar kenyataan daripada seorang doktor begitu, saya berasa sedikit kecewa. Namun saya tidak putus asa. Saya berusaha mendapatkan rawatan untuk mengurangkan masalah yang saya hadapi. Saya mencuba pelbagai rawatan alternatif termasuk fisioterapi dan rawatan urutan tradisional. Setelah dua tahun menjalani rawatan, saya mampu berjalan dan menjalankan aktiviti harian sedikit demi sedikit. Namun, kesan strok masih dirasai.

Pada tahun 2007, seorang rakan mengesyorkan produk Khal Tamar Plus keluaran Perniagaan Qurba kepada saya. Setelah mencuba dua botol, saya mula merasakan perubahan. Badan berasa panas, saya menjadi cepat berpeluh. Saya tetap meneruskan aktiviti harian dan melakukan senaman ringan seperti berjoging.

Selepas minum empat botol, saya merasa perubahan sepenuhnya dan badan saya bertambah sihat. Khal Tamar Plus membantu membuang angin dalam badan. Walaupun rasanya masam, tetapi ia tidak memedihkan perut. Saya meminum Khal Tamar Plus bersama madu, badan saya bertambah panas dan saya berasa selesa.

Pada tahun 2008, saya telah sihat sepenuhnya dan bebas daripada penyakit strok yang saya alami sebelum ini. Saya bersyukur kerana tanggapan mengenai penyakit strok yang membelenggu saya pada awalnya telah lenyap sama sekali. Berlandaskan kepada prinsip doa, usaha, dan tawakal kepada Allah swt, Alhamdulillah saya dapat menjalankan aktiviti harian saya seperti dahulu semula.

Saranan saya agar masyarakat Muslim sekalian yang menghadapi masalah kesihatan, bolehlah mencuba produk keluaran Perniagaan Qurba kerana produknya yang berkualiti dan terbukti berkesan.


Hj. Ahmad Ramly bin Hj. Annuar
Taman Bukit Indah, Ampang
Tekanan Darah Tinggi, Sakit Kaki dan Pinggang


Saya mengalami penyakit Darah Tinggi sejak tahun 2002. Setiap pagi dan malam saya terpaksa menelan ubat daripada hospital untuk mengawal tekanan darah yang bacaannya melebihi 150/90 setiap hari. Sehinggalah saya diperkenalkan dengan produk PQSB iaitu KHAL TAMAR Plus, sejenis minuman cuka kurma bercampur dengan 12 jenis herba pilihan. Alhamdulillah setelah mengambil sebanyak 3 botol, bacaan tekanan darah saya telah menurun 143/83 setiap hari dan keadaannya terkawal. Saya terus mengamalkan KHAL TAMAR Plus sehingga kini dan tidak lagi mengambil ubat-ubatan daripada hospital.

Sebelum ini saya juga mengalami sakit kaki, lenguh dan sakit pinggang. Saya tidak boleh berdiri lama melebihi satu jam. Pinggang dan kaki yang terasa sakit berdenyut memaksa saya duduk sebentar untuk menghilangkan rasa sakit. Sakit tersebut telah sembuh sama sekali sejak saya amalkan minum KHAL TAMAR Plus. Saya mengesyorkan kepada semua supaya mengamalkan KHAL TAMAR Plus keluaran PQSB.


Mohd Othman bin Redzuan
Felda Air Tawar, Kota Tinggi, Johor
Masalah Jantung


Saya telah mengalami masalah jantung, di mana tiga injap jantung saya tersumbat. Ini menyebabkan saya sering mengalami sesak nafas dan termengah-mengah apabila melakukan sebarang pekerjaan. Keadaan ini membuatkan pergerakan saya terhad dan tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. Doktor telah menasihatkan saya untuk membuat pembedahan pada injap jantung.

Pada masa yang sama, saya juga mencuba pelbagai produk tradisional di pasaran sebagai rawatan alternatif, namun semuanya tidak memberi kesan kepada penyakit saya ini.

Pada bulan Mei 2008, saya terbaca iklan di dalam akhbar Harakah tentang kisah testimoni seorang pesakit jantung yang telah sembuh sepenuhnya. Rahsianya, beliau meminum KHAL TAMAR Plus. Saya terus membeli KHAL TAMAR Plus di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Alhamdulillah, saya rasa bertambah sihat selepas seminggu saya meminum KHAL. Sekarang saya tidak lagi mengalami sesak nafas dan boleh melakukan tugas-tugas harian termasuk kerja-kerja berat dengan baik.

Walaupun proses penyembuhan ini mengambil masa, namun saya optimis kerana ini adalah makanan pilihan daripada kitab-kitab perubatan Islam. Dengan keyakinan inilah, saya telah pun menjadi Sub Stokis Kota Tinggi, Johor.

Saya menyeru kepada semua umat Islam, agar meminum KHAL, kerana ia adalah “minuman kesihatan sunnah para nabi” dan seharusnya menjadi ikutan umat Islam sekalian. Amalkanlah KHAL TAMAR Plus dan lain-lain produk PQSB sebagai makanan harian untuk kesejahteraan hidup kita.


Muhamad Hazwan bin Zakria
Batu Pahat, Johor
Masalah Jantung


Saya berusia 18 tahun. Saya seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di bandar Batu Pahat. Saya telah mengalami masalah degupan jantung yang laju secara tiba-tiba. Penyakit ini mula saya hidapi sejak bulan Jun 2008. Pada mulanya saya merasa sakit di dada sebelah kiri, tetapi hanya dalam jangka masa 2 hingga 5 minit sahaja. Selang dua atau tiga hari kemudian, penyakit ini menyerang kembali. Begitulah seterusnya sehingga akhir bulan Julai 2008, saya telah ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor memberitahu bahawa saya hanya menghidapi penyakit otot.

Pada bulan Ogos 2008, penyakit saya ini bertambah serius. Setiap hari saya merasa jantung saya berdegup dengan laju, sakit dada, sesak nafas, dan berasa hendak pitam. Keadaan ini saya alami dalam jangka masa 10 hingga 30 minit. Rasa sakit ini menyerang tidak kira waktu. Ada kalanya pada waktu pagi, tengah hari, petang dan subuh.

Saya telah ke klinik sekali lagi dan doktor mengesyorkan supaya merujuk kepada pakar jantung. Ayah saya telah membawa saya ke Hospital Pakar Melaka. Menurut pakar jantung, degupan jantung saya telah hilang kawalan dan perlu distabilkan. Doktor pakar mencadangkan saya supaya merujuk kepada Institut Jantung Negara (IJN). Sementara menunggu tarikh temujanji dengan IJN, saya pernah dihantar oleh guru penolong kanan sekolah ke wad kecemasan ketika sedang belajar kerana sukar bernafas. Setelah 2 jam di Hospital Daerah Batu Pahat, saya dibenarkan pulang kerana degupan jantung kembali stabil. Pada penghujung bulan Ogos 2008, ayah saya telah terbaca iklan di dalam akhbar Harakah tentang rahsia Khal Tamar Plus. Ayah saya telah membeli Khal Tamar Plus daripada Sub Stokis Pontian, Johor.

Alhamdulillah, setelah 3 minggu meminumnya, saya rasa degupan jantung saya semakin hari semakin stabil, pernafasan semakin selesa dan saya boleh menaiki tangga bangunan 4 tingkat di sekolah tanpa rasa mengah. Kini saya telah meminum Khal Tamar Plus untuk botol yang kedua. Alhamdulillah, saya semakin sihat.

Dengan keyakinan ini, ayah saya telah menjadi wakil pengedar Perniagaan Qurba. kepada umat Islam yang menghidapi masalah seperti saya atau menghidapi lain-lain penyakit, amalkanlah Khal Tamar Plus dalam kehidupan seharian.


Hajah Ainon Pasdi binti Mohd. Jais
Kampung Klang Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur
Kencing Manis (Diabetes)


Saya menghidap penyakit Kencing Manis (Diabetes) sejak beberapa tahun. Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan, bacaan gula dalam darah ialah 28. Namun saya tidak mengambil ubat kimia yang diberi doktor.

Akibat daripada penyakit Kencing Manis, saya mengalami luka di ibu jari kanan. Kaki saya luka, bernanah dan berair. Keadaan yang berlarutan ini membimbangkan saya. Sehingga pada bulan Ramadhan yang lalu, anak saudara suami saya mengesyorkan saya mencuba KHAL TAMAR Plus untuk merawat penyakit Kencing Manis ini. Setelah seminggu mencuba, luka di kaki saya mula kering. Sepuluh hari meminum KHAL TAMAR Plus, perubahan jelas ketara. Luka telah kering dan diselaputi keruping. Saya cuba membuang keruping dan kulit saya menjadi elok seperti sediakala.

Kini saya telah mengamalkan KHAL TAMAR Plus sebanyak 3 botol. Sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan pada bulan November, bacaan gula dalam darah ialah 17. Saya menyarankan kepada sesiapa yang menghidap Kencing Manis atau ingin menjaga kesihatan, jadikanlah KHAL TAMAR Plus sebagai minuman kesihatan harian.


Basiron bin Abd. Raman
Taman Seri Kerubong, Melaka
Sakit Belakang, Ketumbuhan di Tulang, Diabetes


Saya mengalami sakit belakang yang teruk, sehinggakan kebas-kebas di bahagian kaki dan sukar untuk duduk. Saya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah berlaku ketumbuhan di tulang (karang tulang). Saya ditahan di wad untuk menjalani pembedahan. Sebelum pembedahan, pemeriksaan tahap gula menunjukkan bacaan 22. Dalam situasi itu, saya tidak boleh dibedah.

Doktor memberi ubat untuk menurunkan kadar gula dalam darah, tapi saya tidak suka memakan ubat-ubat hospital. Isteri menyarankan saya untuk mengamalkan KHAL TAMAR Plus sebagai rawatan alternatif. Setelah 7 hari ujian kandungan gula dalam darah dilakukan. Bacaan yang tercatit masih lagi tinggi iaitu 15. Seorang jururawat memberi teguran setelah mendapati saya tidak makan ubat yang diberikan oleh pihak hospital.

Dalam situasi itu, saya terus meminum KHAL TAMAR Plus. Alhamdulillah, selepas 12 hari meminumnya bacaan gula dalam darah saya turun hingga 5.1 dan boleh terus menjalani pembedahan tersebut.

Saya bersyukur walaupun meneruskan pembedahan tersebut, penyakit diabetes saya tidak lagi menghantui hidup saya. Saya menyarankan kepada sesiapa yang mengalami masalah atau ingin menjaga kesihatan, jadikanlah KHAL TAMAR Plus sebagai minuman kesihatan harian.



Cikgu Jailani
Bangunan ABIM, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
Sakit Jantung / Strok


Di sini saya ingin berkongsi sedikit masalah kesihatan yang saya hadapi. Ianya bermula pada tahun 2007 di mana saya telah dimasukkan ke hospital di Muar. Pada masa itu saya bertugas di Muar mengajar di sebuah sekolah di Muar.

Saya dimasukkan ke hospital kerana strok dan apabila di hospital, saya diberitahu bahawa saya juga mengalami masalah darah tinggi dan juga high cholesterol (kolesterol yang tinggi). Ini menyebabkan darah menjadi pekat dan tekanan darah yang tinggi menyebabkan strok.

Bermula pada 2007, saya diberikan rawatan ubat-ubatan oleh doktor dan pada tahun 2008 saya dapat balik ke Kelantan, bertugas di Kelantan di Ayer Lanas. Maknanya saya bertugas di Johor selama lebih kurang 10 tahun. Saya terus mengamalkan ubat-ubatan doktor sehinggalah bulan Januari 2010. Saya diserang oleh sakit jantung dan saya dihantar oleh isteri saya ke hospital Wad Kecemasan pada masa itu dan diletakkan di Zon Merah. Dan saya berada di hospital selama 5 hari dimana saya diberi suntikan untuk kolesterol dan juga ubat-ubat seperti aspirin untuk mencairkan darah. Selepas 5 hari saya keluar, lebih kurang 2 minggu sekali lagi saya masuk ke hospital dengan penyakit yang sama iaitu serangan jantung selana 5 hari.

Kemudian bulan 2, bulan 3 dia bagi rest sebulan tak ada apa-apa. Bulan 4 doktor minta saya datang ke hospital untuk membuat stress-test iaitu untuk melihat tekanan darah. Jadi pada situ doktor telah menasihatkan saya untuk membuat angiogram untuk melihat sejauh mana kesumbatan yang berlaku pada jantung iaitu pada bulan 6. Pada bulan 5 sekali lagi saya masuk ke hospital kerana serangan jantung kali yang ke-3. Kemudian sewaktu kali ke-3 inilah saya rasa saya perlu mencari perubatan alternatif selain daripada ubat-ubatan hospital kerana apa yang saya dapat hasil daripada makan ubat-ubat hospital ialah keadan buah pinggang saya semakin teruk hampir rosak kerana kandungan plat..... yang tinggi.

Jadi saya memohon kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk oleh Allah SWT sekiranya terdapat ubatan alternatif. Jadi Alhamdulillah saya terbaca satu testimoni di suratkhabat Harakah yang mana testimoni tersebut lebih kurang apa yang saya alami iaitu masalah jantung. Jadi saya terus menghubungi En. Zarawi untuk mendapatkan produk Khal. Jadi Alhamdulillah selepas satu bulah lebih kurang saya mengamalkan Khal pada 24/6 saya melakukan angiogram di HUSM. Doktor mengatakan bahawa jantung saya telah bebas daripada kesumbatan. Alhamdullah Syukur kepada Allah SWT.

Jadi selepas daripada itu saya merasakan bahawa produk ini perlu diberi atau pun diberitahu kepada kawan-kawan saya yang juga mengalami masalah yang sama supaya mereka dapat sihat dan membuat amal jariah dengan sempurna.
Imej KHAL 1 liter
Jadi saya mengambil peluang ini dan menceritakan pada kawan-kawan saya yang mengalami masalah penyakit yang sama dan Alhamdulillah setakat yang ini telah ramai sahabat-sahabat saya yang mencuba dan hasil yang saya perolehinya ialah ramai yang memberitahu bahawa mereka telah bebas ataupun sihat daripada penyakit yang mereka alami dan sesungguhnya kesihatan itu melahirkan kebahagiaan pada hidup kita .

Jadi saya merasakan apabila sahabat saya kawan-kawan saya sihat saya juga turut gembira. Jadi Alhamdulillah marilah kita sama-sama memperkenalkan atau pun menyebarkan produk yang baik ini kepada masyarakat Islam supaya sama-sama dapat sihat dan beramal ibadat dengan sempurna.

Jadi saya rasa setakat itulah saja perkongsian saya dan saya ucapkan banyak terima kasih kepada Ustaz Shukeri kerana memberi peluang untuk berkongsi pada hari ini.