Lain-Lain-Produk



LAIN-LAIN PRODUK


Disamping produk KHAL, syarikat juga mengeluarkan beberapa lagi produk kesihatan yang kesemuanya berasaskan Khazanah Perubatan Islam tanpa dicampurkan sebarang pengawet, perisa dan pewarna tiruan. Kesemua produk ini boleh ditempah bersama KHAL TAMAR PLUS.


Li Khamsatun

Li Khamsatun
Makanan kesihatan madu lebah dan campuran 20 herba untuk mengubati masalah jantung, paru-paru, masalah keletihan, kurang selera makan, usus, buah pinggang, membaiki sistem penghadaman, gastrik, menambah tenaga batin lelaki/perempuan, membuang angin dalam badan, menstabilkan darah, darah tinggi, menstabilkan suhu badan, sakit dada, sakit sendi, kencing manis, urat saraf, masalah limpa, hempedu, awet muda, membuang racun (toksid) dalam badan serta mengelak terjadinya barah.

Antara herba yang terdapat dalam produk ini ialah Hindiba', Habbatus Sauda', Babunaj, Hulbah, Zanjabil dan 'Asal (madu lebah)

Cara guna - Campurkan kesemua serbuk herba ke dalam bekas madu dan digaul sehingga sebati. Makan 1 sudu 2 kali sehari sebelum sarapan pagi/malam. Selepas sarapan pagi/malam, amat digalakkan minum KHAL TAMAR PLUS. Ini akan memantapkan lagi penyembuhan untuk kesemua penyakit di atas terutamanya penyakit jantung atau strok.

          Harga Pengedar (Ahli) = RM52           |           Harga Pengguna (Bukan Ahli) = RM58          



Za'faran atau Saffron

Za'faran atau Saffron
Stigma dari bunga Za'faran untuk dijadikan air minuman harian untuk mengubati dan mencuci darah dalam badan, memulihkan masalah tenaga batin lelaki/perempuan, masalah ketidaksuburan, menguatkan rahim selepas bersalin, membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolesterol, mengurangkan risiko serangan jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, penenang dan juga perangsang tenaga batin serta menguatkan ketahanan badan dari serangan asma dan demam.

Cara guna - Masukkan 4 atau 5 urat ke dalam 500ml air kosong (1 botol kecil air mineral). Tunggu 30 minit sehingga air bertukar kuning, selepas itu boleh diminum sekerap yang mahu. Jadikan sebagai minuman harian.

          Harga Pengedar (Ahli) = RM23           |           Harga Pengguna (Bukan Ahli) = RM27          



Kopi Herba Ibnu Sina

Kopi Herba Ibnu Sina
Minuman kopi gabungan herba 4 dalam 1 iaitu Hindiba', Habbatus Sauda', Hulbah dan Zanjabil yang berfungsi memenuhi keseluruan keperluan organ-organ penting tubuh badan serta memulihkan segala kelemahan agar dapat menjalankan tugas dengan baik. Insya-Allah perubatan semulajadi akan berlaku dalam diri anda pada setiap kali anda meminum kopi kesihatan ini.

Kenyataan Ibnu Sina tentang Hindiba':

Hindiba' dapat mengatasi masalah usus, urat saraf, menstabilkan degupan jantung, membuang panas di badan serta Hindiba' merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala kelemahan di perut. (lihat kitab Al-Qanun Fi Al-Tib, Ibnu Sina, m.s 550)

          Harga Pengedar (Ahli) = RM19           |           Harga Pengguna (Bukan Ahli) = RM23          



Teh Herba Ibnu Sina

Teh Herba Ibnu Sina
Minuman teh gabungan halia (Zanjabil) dan Za'faran (Saffron) yang berkhasiat untuk mengubati masalah darah, membina otak yang cerdas, tidak lupa dan nyanyuk, masalah paru-paru, sakit kepala (migrain), sukar tidur malam (insomnia), masalah hati (hepatitis), gastrik dan dapat membaiki kebanyakan sistem organ badan serta mengembalikan kesegaran fkiran di sepanjang hari.

Antara dalil tentang Za'faran (Saffron), kenyataan Saidina Ali yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran (Saffron) tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'Asal (madu) diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".

          Harga Pengedar (Ahli) = RM20           |           Harga Pengguna (Bukan Ahli) = RM24          



Minyak Bidara (120 ML)

Minyak Bidara
Minyak urutan gabungan herba 14 bahan utama antaranya ialah dari Pokok Bidara, Minyak Habbatus Sauda', Minyak Zaitun, Hulbah, Halia dan Minyak Lenga.

Bidara - dapat memperkuatkan otot-otot perut, mengubati masalah pencernaan dan melapisi lambung perut, membuang angin buruk dalam badan, menguatkan rambut dari keguguran.

Minyak Habbatus Sauda' - dapat membuka segala yang tersumbat di urat saraf, mengusir angin badan, melancarkan kencing dan haid, mengatasi pening kepala, jerawat, mengatasi pembengkakan kelenjar dan tumor.

Minyak Zaitun - dapat menghaluskan kulit dan memperlambatkan pertumbuhan uban, mengatasi masalah racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing, menghalang kesejukan yang menyerang buah pinggang dan menghentikan air kencing yang menitis-nitis di hujung kemaluan.

Hulbah - dapat mengubati dan mengecilkan tumor, mengubati usus dan mengatasi batuk berpanjangan.

Halia - dapat memanaskan tubuh, membaiki masalah pencernaan, membantu kemampuan seks serta mengatasi angin di usus dan di perut.

Minyak lenga - dapat membuka segala yang tersumbat di urat saraf, menyubur atau menguatkan anggota badan, memanjang, menyuburkan dan menghitamkan rambut, melambatkan uban dan untuk mencantikkan kulit.

          Harga Pengedar (Ahli) = RM41           |           Harga Pengguna (Bukan Ahli) = RM48          


Herba Khazanah Perubatan Islam.