Pengedar



DAFTAR KEAHLIAN SEBAGAI WAKIL PENGEDAR/AHLI


Adakah anda ingin bersama-sama kami mengedarkan KHAL kepada seluruh masyarakat agar kebaikannya dapat dinikmati bersama? Kami amat mengalu-alukan anda yang berminat untuk bersama-sama menjadi wakil pengedar/ahli.


Untuk melayakkan anda menjadi wakil pengedar/ahli, yuran keahlian RM50 perlu dibayar sekali sahaja untuk seumur hidup. Anda juga perlu membuat belian pertama sekurang-kurangnya satu produk KHAL (1 liter) mengikut harga ahli.



Klik di sini untuk mendaftar keahlian anda.

Perkara berikut akan dihantar apabila anda mendaftar sebagai wakil pengedar/ahli :-
  • Satu Kit Keahlian.
  • Satu Kupon Pendaftaran Tukaran Barang bernilai RM20-00 (percuma).
  • Satu Kad Ahli (akan dikeluarkan dalam masa 3-4 minggu).

Kelebihan Wakil Pengedar/Ahli
Sebagai seorang wakil pengedar/ahli anda akan :
  1. Memperoleh untung runcit yang tinggi.
  2. Dapat memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.
  3. Mempunyai kelebihan untuk menaja wakil pengedar/ahli yang lain.
  4. Memperoleh komisen atas jualan peribadi dan jumlah jualan yang dilakukan oleh wakil pengedar/ahli yang ditaja.
  5. Memperoleh komisen/ganjaran sehingga 12 generasi tajaan wakil pengedar/ahli.
  6. Membantu mengedarkan produk kesihatan Khazanah Perubatan Islam.
  7. Berpeluang menjalin hubungan perniagaan dengan rakan lain yang telah mencapai kejayaan.
Setiap wakil pengedar/ahli layak untuk naik taraf sebagai sub-stokis mahupun stokis pada bila-bila masa sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Syarat Lantikan Wakil Pengedar/Ahli
Anda adalah layak menjadi wakil pengedar/ahli sekiranya anda:
  1. Seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Menepati syarat belian pertama sebagai ahli (contoh : satu produk KHAL).
  3. Mengisi borang permohonan wakil pengedar/ahli.
  4. Diluluskan oleh syarikat.
  5. Mendapat nombor wakil pengedar/ahli daripada syarikat.

Syarat Lantikan Sub-Stokis
Anda adalah layak menjadi Sub-Stokis sekiranya anda:
  1. Telah disahkan sebagai wakil pengedar/ahli.
  2. Membuat belian stok awal produk sebanyak RM3,000 daripada ibu-pejabat.
  3. Mengisi borang permohonan menjadi sub-stokis.
  4. Diluluskan oleh pihak syarikat.
  5. Hanya dibenarkan membuat belian stok daripada stokis atau ibu-pejabat sahaja.
  6. Bersetuju mematuhi peraturan dan kod etika urusniaga syarikat.

Syarat Lantikan Stokis
Untuk menjadi Stokis anda mestilah:
  1. Telah disahkan sebagai ahli.
  2. Membuat belian stok awal produk sebanyak RM8,000 daripada ibu-pejabat.
  3. Mengisi borang permohonan menjadi stokis.
  4. Diluluskan oleh pihak syarikat.
  5. Hanya dibenarkan membuat belian stok daripada ibu-pejabat sahaja.
  6. Bersetuju mematuhi peraturan dan kod etika urusniaga syarikat.


Komisen/Ganjaran Kepada Wakil Pengedar/Ahli, Sub-Stokis & Stokis


Syarikat akan membuat pembayaran komisen/ganjaran kepada wakil pengedar, sub-stokis & stokis yang memenuhi syarat belian dan jualan produk, setiap bulan dalam bentuk Cek Dalaman atau Cek Bank.
  • Komisen Belian Peribadi 10% - dibayar kepada semua ahli yang membuat belian peribadi minimum 20 NM setiap bulan (satu produk KHAL 1 liter bernilai 30 NM (Nilai Mata)).
  • Komisen Kumpulan Niaga 28% - dibayar kepada semua ahli atas belian pengedar tajaan anda sehingga 12 generasi. Anda akan mendapat komisen 7% untuk pengedar Aras 1 tajaan anda yang membuat belian, 3% (Aras 2-4), 2% (Aras 5-8), 1% (Aras 9-12). Untuk mendapatkan komisen ini, anda perlu membuat belian peribadi minimum 20 NM setiap bulan.
  • Komisen Eksekutif 25% - dibayar kepada semua ahli atas belian pengedar tajaan anda sehingga 5 generasi yang setiap Aras 1-5 diberi 5%. Untuk mendapatkan komisen ini, anda perlu membuat belian peribadi minimum 100 NM setiap bulan.
  • Komisen Jualan Tajaan 5% atau 10% - dibayar kepada stokis atau sub-stokis sahaja yang mana pengedar tajaannya naik menjadi sub-stokis (5%) atau stokis (10%). Ini dikira atas NM jualan keseluruhan pengedar tajaannya. Untuk mendapatkan komisen ini, anda sebagai stokis/sub-stokis perlu membuat jualan keseluruhan minimum 500 NM setiap bulan.


Klik di sini untuk mendaftar keahlian anda.